hao !! seperti yg telah dijanjikan, gua akan mengeluarkan entri terbaru. Pada embun jantan pertama ni lah datang ilham nak menaip. Yg sebenarnye gua tgh tunggu time2 melepak dengan makwe baru lah gua nak update entri yg terbaru,, baru lah makwe tu kabor dalam hati sendiri "perghh pakwe blogger ni! "
Entri terbaru ni gua beri tajuk "ZUHAILI CERITAKU" di adaptasi dari kisah benar, menceritakan tentang kisah kehidupan sebenar seorang anak watan yg penuh dengan liku-liku dan kesusahan menghadapi kehidupannya sendiri dalam menangani pelbagai masaalah dari masaalah tak reti main carrom sampailah ke masaalah cinta.
jadi entri pertama ni gua mulakan dengan bab pertama iaitu time gua berusia "darjah dua ke darjah enam" dalam usia gula-gula kapas sebegini, pelbagai rencah kehidupan telah gua lalui, tapi satu mende je yg gua nak kongsi dgn lu orang. kisahnya bermula sebegini.
time ni gua dan adik gua disuruh oleh ibu tercinta utk tukar tepat kami mengaji kerana ustazah yg ajar kami adik beradik ni nak rehat sebab dia mengandung. gua dan adik pon berasa hampa. Ini kerana ustazah tu adalah yg terbaik bagi kami.Kengkadang dia bg makanan, dia bg tengok astro, dan mende yg paling gua sakit hati ialah, gua takleh dah usha anak dara dia. Kalau tak silap gua anak dia tu iras2 neelofa, sebab tu gua buat derkk je dgn neelofa skung, yelah, dulu dah puas manja2. Time last day salam dgn family ustazah tu dengan selambenya gua menjerit sambil nak menangis tp maintainkan macho dengan jeritan
"APASAL PAK CIK MENGANDUNGKAN USTAZAH !!!!" sambil tu gua hempas rehal yg gua bawak. Satu rumah ketawakan gua, gua rasa nak sepak je sekor2, depa igt gua main2 apa?. faking utk pakcik!!
USTAZAH BARU
nak dipendekkan cerita ustazah baru ni garang nak mati. lagi garang dari anak dara ustazah lama time dia marah gua main tarik-trik baju dia dulu. ade jugak geng mengaji gua dulu menangis ketakutan di tengking oleh ustazah tu, tak lupa jua yg terkencing. gua malas je nak cerita. aib. situasi ustazah tak menentu ditambahkan pula gua ni yg still gagap2 lg time tu.
so gua dan adik pon ambil keputusan utk ponteng mengaji. kteorang akan keluar rumah kol 8 malam dgn izin mak ayah utk pergi mengaji, tapi kteorang pergi merewang ke tempat lain. tempat yg gua igt lagi ialah 7e. gua simpan duit sekolah utk beli meggi dan makan dalam 7e tu sendiri utk menghabiskan masa. pernah jugak akak cashier tu tanya, "engko orang ni takde rumah ke nak makan megi? gua jawab 'kalau akak diberi pilihan sama ada nak kene marah hari-hari dengan lepak 7e makan megi,, mana satu yg akak akan pilih?? berkerut jugak muka akak tu gua tgk. kakaka.
so kegiatan kteorang tu pon berlarutan sehinggalah sebulan, habis satu taman kteorang racing2 naik basikal pusing satu taman, bebudak lain main taman petang2, gua rilex tdo je ptg2 sebab time gua main kat taman ialah time mengaji, time tu takde saingan nak rebut buayan dan jongkang jongkit. time tu gua lah paling win kat taman permainan tu.
tp sayangnya perbuatan ktorg tu tak sampai kemana, bak pepatah orang bercinta, hanya di separuh jalan sahaja. gua igt nak buat camni, cukup 3 bulan je gua teros nak kabor yg gua dah khatam al-quran. Tp ade sorang makcik bizi body ni jumpe family gua. dia mengadu yg gua dan adik tak g mengaji. dia nampak kteorang main taman malam2, makan megi kat 7e hari2 dan kengkadang beracing
bapak gua dengan nada begis nya panggil gua yg sedang kusyuk meng modify kereta tamiya di bilik. gua dengan seramya turun ke bawah. pang!! pang!! pang!! dush!! dush!! dush!! gua elak-elak sikit pang!! pang!! pang!! akhir nya selesai 6 round. gua di pihak yg lunyai dan bapak gua dipihak yg menang. sumpah gua tak leh lupa mende tu, sakit dia dekat seminggu jugak lah, trauma dia sampai masok ke blog. mati hidop balik gua tak nak ponteng mengaji dah. gua serik!!
tu lah serba sedikit kenangan gua time zaman lolipop dan gula-gula cincin dulu. kepada adik2 kat lua tu jgn tiru cam abang. mengaji bagi habis dulu, lepas tu baru boleh mengorat akak 7e. tau!! nanti kan entri seterus nya yg mengisahkan zaman gua sekolah menengah pula.
*KESIMPULAN*
*makwe 7E ramai yg cantik-cantik*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment